1. PIRAMID AGUNG KUFU DI MESIR
Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
2. TAMAN TERGANTUNG BABYLON
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Namun sehingga kini kedudkan asal Taman tersebut masih lagi menjadi tanda-tanya. Mengikut catatan seorang sejarahwan,Berossus(hidup tahun 200's B.C),Babylon berdiri dengan bangganya antara 120 meter persegi serta 23 meter dari atas tanah.Teknologi pengaliran air yang moden ketika itu mebolehkan Taman-taman didalamnya mekar
3. RUMAH API ISKANDARIAH
Rumah Api Iskandariah ataupun (Pharos Iskandariah) merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. Antipater dari Sidon telah menyenaraikannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunianya.
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali Piramid Agung Kufu) yang roboh.
4. MAKAM MAUSSOLLOS
Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia.
Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1,700 tahun. Bangunan ini akhirnya musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.
5. KUIL ARTEMIS
Kuil Artemis merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini. Kuil ini tergolong dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia Purba tetapi telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.
Kata Philo dari Byzantium:
Saya pernah melihat Taman Tergantung Babylon, Berhala Zeus di Olympia, Patung Raksasa Rhodes, seni agung Piramid serta Makam Mausollos. Tetapi kuil di Ephesus yang bangun mencecah awan ini meneduhi keajaiban-keajaiban yang lain itu.
6. BERHALA ZEUS
Berhala Zeus di Olympia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani, merupakan salah sebuah dari Tujuh Keajaiban Dunia. Ia dibina di bandar kuno Olympia, sekitar 150 km barat Athens, di Greece. Binaan kuil asal yang menempatkan patung raksaksa ini dibina sekitar 450 BC, direka oleh arkitek Libon. Patung itu sendiri dicipta oleh pengukir patung Athean, Phidias. Dibina dari bahagian gading, patung gergasi ini setinggi 45 kaki tinggi, memegang kemenangan pada tangan kanannya, dan cokmar pada tangan kirinya. Kuil ini diperintah tutup oleh maharaja Rom Theodosius I pada 391 AD, yang menyatakan bahawa pertandingan Olympik merupakan upacara Pagan. Pada tahun 394, selepas 800 tahun di Olympia, ia diambil ke Constantinople (kini Istanbul), ibu kota Empayar Byzantine. Ahli sejarahwan percaya yang ia mungkin musnah akibat kebakaran pada 462 AD.
Berhala yang berkeadaan duduk itu mengisi keseluruh kelebaran ruang kuil yang dibina untuk melindunginya. Menurut sumber kontemporari, ia adalah 12 meter (~40 kaki) tinggi.
7. PATUNG RAKSASA RHODES
Patung Raksasa Rhodes merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM dan merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia zaman purba. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan